Nasi Tomato dan Acar Timun ala Lauk Pengantin
Untuk resepi kali ni Che Nom akan kongsikan resepi Nasi Tomato dan Acar Timun, atau sesetengah orang panggil Jelatah. Sebelum ni Che Nom dah share resepi Ayam Masak Merah ala lauk Pengantin yang sangat sesuai jika dipadankan dengan Nasi Tomato dan Acar Timun ni. Hidangan yang sangat membuka selera, memang macam lauk kenduri. Untuk masak nasi berperisa macam ni Che Nom s

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 sudu besar minyak sapi
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 helai daun pandan
- 4 biji bawang merah, hiris nipis
- 3 ulas bawang putih,hiris nipis
- 1 inci halia, hiris nipis
- Rempah 4 sekawan(1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga, 2 tangkai cengkih)
- 1 batang serai
- 3 cawan beras
- 4 cawan air
- ½ cawan susu cair
- 3-5 sudu besar puri tomato (boleh ganti tomato soup, kalau suka.. Cuma kena letak lebih)
- ½ cawan kismis
- Anggaran 1 sudu besar gula
- Garam secukup rasa
- ½ biji nenas size kecil
- 1 biji timun
- 1 biji cili merah
- 2 sudu kecil gula
- Sedikit garam
- 2 sudu besar cuka
- 1Basuh beras dan toskan airnya.
- 2Dalam periuk berasingan, panaskan minyak sapi dan minyak masak.
- 3Tumis daun pandan bersama hirisan nipis bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
- 4Masukkan rempah 4 sekawan dan serai yang dititik.
- 5Masukkan beras, goreng sekejap selama 1-2 minit, kemudian masukkan air dan susu cair.
- 6Tambah tomato puri, kismis dan sedikit gula. Perasakan dengan garam secukup rasa.
- 7Masukkan ke dalam periuk nasi dan tekan butang on untuk masak seperti biasa.
- 1Hiris nipis nenas, timun dan cili merah.
- 2Masukkan dalam satu bekas. Tambah gula, garam dan cuka. Gaul sekata.
- •Untuk nasi tomato, boleh juga kalau nak digantikan dengan tomato soup dalam tin.
- •Jika guna beras basmathi, boleh rujuk pada arahan di pek beras untuk sukatan air, tapi kebiasaannya satu cawan beras bersamaan dengan 1.5 cawan air.
- •Untuk acar timun, cuka boleh diganti dengan jus lemon atau jus limau nipis.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Dalca Daging
Resepi Dalca Daging yang memang sangat sedap dan sesuai dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak. Untuk resipi ...
Diterbitkan pada 8 Ogos 2015
Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin
Hi semua, Kali ni Che Nom akan sediakan Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin, yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Mmg...
Diterbitkan pada 28 Ogos 2020

Ayam Masak Merah
Resepi Ayam Masak yang sedap dimakan bersama nasi tomato, Ayam Masak Merah adalah hidangan istimewa di setiap kenduri da...
Diterbitkan pada 9 Julai 2022
Resepi Terbaru

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.

Lontong Kuah Lodeh & Sambal Bilis Che Nom
Resepi lengkap Lontong Kuah Lodeh bersayur bersama Sambal Bilis garing yang sesuai untuk hidangan jamuan.