
Sambal Kicap dan Pisang Tanduk Goreng
Kali ni jom tengok Che Nom sediakan menu street food yang sangat terkenal, dan sangat lah menjadi kegemaran ramai iaitu Sambal Kicap dan Pisang Tanduk Goreng.
Sambal kicap kalau makan dengan pisang goreng ni of course lah asal dari Johor kan. Tapi sekarang ni orang negeri lain pun pandai makan. Che Nom sejak pindah duduk Selangor, baru lah pandai makan terutama kalau cicah dengan pisang tanduk. Gabungan kedua nya tu memang kena dan sedap sangat.
Mula-mula Che Nom akan tunjuk cara untuk sediakan sambal kicap yang walaupun nampak mudah, tapi kalau tersilap bajet bahan tak jadi dik. Dan kemudian Che Nom tunjuk cara goreng pisang tanduk yang rangup berkriuk-kriuk hasilnya.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 7 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah besar
- 15-20 tangkai cili padi
- 1 ketul gula melaka (mini)
- 1/2 - 1 cwn kicap
- 2 biji pisang tanduk
- 1 cwn tepung beras
- 1/2 cwn tepung gandum
- 1 sk gula
- 1 sk serbuk penaik
- 1 sk garam
- 2 sb air kapur makan (optional)
- 2-3 titik pewarna kuning
- 1 cwn air (tambah sikit-sikit dan pastikan tak terlalu cair)
- 1Potong kasar bawang putih dan bawang besar. Cili padi patahkan dua.
- 2Panaskan minyak dan goreng bawang-bawang sampai layu.
- 3Masukkan cili padi dan goreng semua sampai layu.
- 4Angkat cili dan bawang goreng kemudian masukkan dalam blender.
- 5Kisar kasar bahan goreng tadi dengan kicap, gula melaka dan garam.
- 1Bancuh tepung beras, tepung gandum, gula, serbuk penaik dan garam dengan air sejuk (dari peti ais).
- 2Tambah pewarna kuning (atau serbuk kunyit) dan air kapur makan.
- 3Kupas pisang dan potong menyerong anggaran 1cm tebal.
- 4Panaskan minyak, celup pisang dalam tepung salutan kemudian goreng pisang.
- 5Nak lebih kriuk-kriu boleh drizzle tepung salutan atas pisang (masa tengah goreng).
- 6Bila pisang goreng dah mula ranggup, boleh leraikan kemudian angkat.
- •Tips tak nak cili meletup bila goreng, patahkan cili.
- •Kalau nak sambal kicap versi kurang pedas boleh letak ½ cabai besar dan lagi 12 cili padi.
- •Kalau takda pisang tanduk, boleh ganti dengan pisang lain contohnya pisang abu atau pisang awak.
- •Tepung salutan pisang Nangka kalau cair sangat nanti bila kita celup kurang melekat dan jadi lembik lepas goreng.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Tortilla Wrap Ayam Panggang
Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi atau makan malam. Jika anda tercari makanan yan...
Diterbitkan pada 8 Mei 2015

Laksa Johor Sedap
Resepi Laksa Johor yang sudah lama Che Nom teringin sangat nak kongsi resepinya di laman ini. Tapi sebelum tu mungkin a...
Diterbitkan pada 2 Ogos 2016

Popcorn Caramel Homemade
Che Nom nak kongsi cara untuk buat kudap-kudapan ataupun snek yang paling famous kalau kita ke panggung wayang iaitu pop...
Diterbitkan pada 3 November 2022

Apam Nasi Pandan
Apam Pandan Mekar yang lembut, gebu dan beraroma pandan. Resepi ini menggunakan nasi sejuk dan tidak memerlukan Eno. Tips untuk mendapatkan apam yang mekar turut dikongsikan.
Diterbitkan pada 8 Februari 2024

Biskut lidah kucing
Resepi Biskut lidah kucing/Rainbow Cookies ,Oleh:Nur Aliya Azura, Like: Buku Resepi ...
Diterbitkan pada 17 Jun 2014

Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik
Jom kita tengok Che Nom buat Kuih Bom Bijan pula kali ni. Biasa kita tengok resepi yang dibuat ialah tepung pulut perlu ...
Diterbitkan pada 24 Oktober 2022
Resepi Terbaru

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.

Lontong Kuah Lodeh & Sambal Bilis Che Nom
Resepi lengkap Lontong Kuah Lodeh bersayur bersama Sambal Bilis garing yang sesuai untuk hidangan jamuan.