
German Cookies
German Cookies yang juga dipanggil biskut kentang kerana menggunakan tepung kentang sebagai bahan utama.
Biskut ini sangat disukai ramai kerana teksturnya yang gebu dan cair di mulut dan oleh kerana bahannya yang sedikit, rasa sedap biskut sangat dipengaruhi oleh jenis mentega yang anda gunakan.
Kalau boleh guna lah mentega yang berkualiti tinggi.Tepung kentang atau 'potato starch' boleh di dapati di kebanyakan kedai yang menjual barang dan perkakasan bakeri.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 125g mentega
- 125g tepung kentang
- 80g tepung gandum atau tepung superfine
- 40g gula icing, ayak jika berketul
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven pada suhu 170°C.
- 2Ayak tepung kentang dan tepung gandum. Ketepikan.
- 3Pukul mentega dan gula icing sehingga kembang dan warna menjadi pucat.
- 4Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda suka.
- 5Rehatkan doh di dalam peti ais selama 1/2 jam supaya doh senang dibentuk.
- 6Bentukkan doh menjadi bebola bulat kecil anggran sebesar biji guli dan susun di dalam dulang. Tekan dengan garfu yang direndam di dalam air panas supaya tidak melekat.
- 7Bakar selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
- •Biskut tidak perlu dibakar sehingga bahagian bawahnya keperangan.
- •Biarkan biskut sejuk di atas dulang pembakar sebelum dipindahkan ke rak penyejuk biskut untuk mengelakkan bahagian bawahnya pecah kerana biskut ini sangat lembut jika masih panas.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






