
Kek Butter Premium & Klasik Che Nom
Kali ni Che Nom nak share resepi antara kek yang paling Che Nom suka sangat makan, iaitu Kek Butter. Kek butter ni sangat premium rasanya, lembut dan gebu.
Bagi Che Nom rasa pun tak terlalu manis, kena lah dengan rasa berlemak pure butter yang digunakan. Kek ni walaupun resepi nya mudah aja, tetapi kita perlu pandai mengawal oven kita sendiri untuk dapatkan hasil pembakaran yang sekata.
Kalau makan waktu suam-suam panas lagi memang terbaik, dengan keharuman pure butter tu bila lepas bakar betul-batul nikmat. Kalau kita simpan beberapa hari pun rasanya akan jadi lebih sedap.
NOTA: Jika guna tepung gandum atau tepung kek, sukatan baking powder ialah 2 sudu kecil. Jika guna mentega salted, tidak perlu lagi tambah garam
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- 250g /2 cawan tepung naik sendiri
- 200g /1 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1/2 sudu kecil garam
- Iklan
- 250g mentega tak bergaram
- 4 biji telur (saiz A atau B)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 80ml / 1/3 cawan susu penuh krim
Cara Menyediakan
Cara Penyediaan Utama
- 1Ayak tepung naik sendiri, serbuk penaik dan garam (untuk mentega yang tidak bergaram). Kemudian gaul bahan-bahan tadi dengan sudu atau whisk supaya bergaul sekata.
- 2Masukkan butter (pastikan butter telah lembut) dan gula kastor dalam mixer dan putar sehingga kembang atau kuning pucat.
- 3Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus putar sehingga kembang sebati.
- 4Masukkan esen vanilla.
- Iklan
- 5Masukkan adunan kering berselang seli dengan susu full cream sampai habis.
- 6Kacau dengan tangan sehingga sebati untuk elakkan terlebih mengadun.
- 7Gris permukkan loyang dengan butter atau magerin dan lapik dengan kertas baking.
- 8Tuang kesemua adunan dalam loyang, ratakan bahagian permukaan dan hentak 2-3 kali untuk mengelakkan gelembung/ rongga besar dalam kek.
- 9Bakar selama 160-170 C selama 35-45 minit.
- •Kalau nak rasa premium kena guna pure butter (Golden Churn Butter, President Butter) buttercup bukan pure butter tapi boleh guna, tiada masalah.
- •Che nom tak putar lama sangat dengan mixer bila dah masukkan tepung takut terlebih hasilkan gluten dan kek akan keras.
- •Test cucuk kek dengan lidi. Kalau lidi keluar bersih maknanya kek dah masak. kalau masih basah, cepat-cepat masukkan dalam oven dan bakar semula.
- •Kalau semasa bakar, permukaan kek dah cukup perang, turunkan sikit suhu oven atau tutup permukaan kek dengan aluminium foil supaya tak hangus.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






