
Kek Majerin
Siapa macam Che Nom yang suka makan kek-kek old school, kek klasik yang simple-simple je, haa kek macam ni memang tak muak dan tak mudah jemu. Jom tengok Che Nom nak share resepi kek majerin klasik, klasik ke Haa ye lahh, kalau raya dulu-dulu kan kek ni lah yang kita cari. Sekarang ni nama-nama kek semua tergeliat lidah nak sebutnyaa.
Resepi kek majerin ni ala-ala pound cake tapi hasilnya lembut aja, halus gebu tanpa ovalette dan tanpa guna tepung kek, method pon kita guna cara klasik, iaitu kita cream kan gula dengan majerin sampai kembang ha barulah kita tambah bahan-bahan lain macam telur, tepung, susu. Kalau kena cara bakar dan kawalan suhu, kita akan dapat kek yang naik sekata. Sedap tau kek ni kalau buat makan petang atau boleh buat meniaga juga.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 250g majerin
- 230g gula
- 250g tepung gandum
- 2 sk serbuk penaik
- 4 biji telur
- 80ml susu full cream
- 1 1/2 sk esen vanila
- 1Lembutkan majerin suhu bilik sebelum adun.
- 2Ayak tepung gandum dan baking powder.
- 3Gris Loyang (saiz 9x9 inci) dengan majerin dan lapik dengan kertas baking.
- 4Pukul majerin sampai kurang sejuk dan lembut.
- 5Masukkan gula dan pukul sampai kembang dan jadi warna kuning pucat.
- 6Masukkan telur sebiji demi sebiji, pastikan telur sebati sebelum masukkan telur seterusnya.
- 7Masukkan esen vanila.
- 8Kemudian masukkan bahan ayak dan susu full cream berselang seli (masuk sedikit demi sedikit).
- 9Bila adunan dah sebati boleh stop dan pindah masuk dalam loyang. Ratakan adunan dan hentak 2-3 kali untuk pecahkan bubbles.
- 10Bakar pada suhu 170°C selama 45 minit.
- 11Sejukkan kek sebelum potong.
- •Kalau nak kek yang lebih tinggi, boleh guna loyang 8x8 inci.
- •Masa mixing (stand mixer/hand mixer) kaub balik sekali dua adunan yang didasar mangkuk untuk pastikan adunan bergaul sekata.
- •Selepas masukkan telur jangan pukul lama-lama sebab nanti kek boleh terlebih kembang masa bakar dan mendap semula selepas keluar dari oven.
- •Jangan pukul kek lama-lama selepas masukkan tepung sebab protein dalam tepung akan hasilkan glutein, glutein ni akan menyebabkan kek keras.
- •Pastikan bahan-bahan semua suhu bilik.
- •Untuk tentukan kek dah masak ke belum, cucuk tengah kek dengan bilah, kalau bersih dan tak melekat-lekat maksudnya kek dah masak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan
Roti Benggali Yang Lembut
Hi Semua, kali ni Che Nom nak buat roti, resepi asal roti Benggali ni di rujuk dari sahabat baik Che Nom iaitu Kak Ta, m...
Diterbitkan pada 9 Mei 2020
Kek Sarang Semut yang Legend
Hi semua, kali ni Che Nom nak tunjuk kek yang mudah sangat nak dapat bahan-bahan untuk disediakan. Sekarang ni kan ramai...
Diterbitkan pada 15 Ogos 2020

Kek Gula Hangus
Kek Gula Hangus atau juga dikenali sebagai Kek Sarang Semut kerana rupa dan tekstur nya yang berlubang-lubang. Kek ni bo...
Diterbitkan pada 8 September 2018

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.
Diterbitkan pada 14 Mei 2025

Kek Marble Kampung
Sejak 2-3 hari teringin sangat nak makan kek, dan Che Nom ni penggemar kek yang biasa-biasa aje, yang tak fancy sangat d...
Diterbitkan pada 15 Januari 2025
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...