
Brownies Kedut
Resepi Brownies Kedut yang di adaptasi dari seorang baker handal daripada Norway iaitu Manuela Kjeilen, tetapi Che Nom ubah sedikit mengikut citarasa sendiri dan memang tekstur dan rasanya amat sedap sekali.
Resepi ini tidak menggunakan mixer elektronik, Che Nom cuma gunakan hand whisk sahaja kerana adunan brownies tidak perlu dikacau terlalu lama, cukup sekadar apabila bahan sudah sebati dan licin.
Untuk menghasilkan brownies yang sedap pula, amat penting sekali menggunakan bahan dari gred berkualiti tinggi. Dark chocolate yang bagus akan membezakan rasa brownies dan ada sedikit penambahan yang penting untuk resepi ini supaya rasa coklat dapat dibangkitkan dan mengimbangi rasa manis brownie iaitu air kopi. Ini adalah rahsia utama dari chef dan baker yang terkemuka. Bila dicuba, memang ternyata ia memberikan satu kelainan rasa dan brownies yang terhasil memang sangat sedap. Selamat mencuba :)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 300g ketulan dark chocolate (coklat masakan)
- 150g unsalted butter, potong kiub
- 4 biji telur
- 250g gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 80g tepung naik sendiri (self-raising flour)
- 20g serbuk koko
- 2 sudu besar air bancuhan kopi
- 1/2 sudu kecil garam
- 1Panaskan oven pada suhu 160°C. Griskan dulang berukuran 9x9 inci dengan butter dan lapik dengan kertas parchment atau kertas baking.
- 2Ayak tepung, serbuk koko dan garam. Ketepikan.
- 3Panaskan air sehingga mendidih dan cairkan ketulan coklat bersama unsalted butter menggunakan kaedah 'double boiler' atau 'bain marie'. Pastikan mangkuk yang digunakan adalah tahan panas dan bahagian bawah mangkuk tidak kena air mendidih.
- 4Apabila cair sepenuhnya, kacau sebati kemudian angkat dan ketepikan.
- 5Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur bersama gula dan esen vanilla sehingga sebati (anggaran 30 saat).
- 6Masukkan bancuhan coklat dan butter tadi, air bancuhan kopi dan kacau lagi sehingga licin dan sebati (anggaran 30 saat).
- 7Masukkan pula bahan ayak dan kacau sekata. Jangan kacau terlalu lama. Memadai jika adunan basah dan adunan kering sebati.
- 8Bakar di dalam oven selama 45-50 minit.
- •Telur yang digunakan haruslah pada suhu bilik supaya mudah sebati dan tidak berketul di dalam adunan. Jika telur sejuk, boleh direndam seketika di dalam air suam-suam kuku selama 10-15 minit.
- •Brownies sudah masak sempurna jika anda cucuk dengan lidi dan apabila ditarik keluar ia agak sedikit basah dan berketul di hujung. Jangan bakar sehingga kering kerana dia akan menjadi seperti tekstur kek.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat






