
Kek•
Brownies Kedut Super Sedap by Che Nom
Che Nom akan tunjukkan cara buat brownies yang paling sedap dan takkan anda lupakan. Tekstur brownies ni sangat fudgy dan lembab, sangat harum baunya, rupa kedutan atas yang menarik, ditambah pula rasa coklat yang di enhance kan rasanya dengan bancuhan kopi atau espresso, memang macam makan kat cafe mahal lah.
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 15 November 201990.9K paparan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
- 300g coklat gelap/dark chocolate
- 150g mentega tak bergaram/unsalted butter
- 100g tepung gandum
- 30g serbuk koko
- ½ sudu kecil garam halus
- 2 sudu besar air panas
- ¾ sudu kecil serbuk espresso/nescafe
- 200g gula perang (soft brown sugar), kurangkan 150g kalau nak kurang manis
- 4 biji telur (gred B)
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara Memasak
- 1Panaskan oven pada suhu 160°C. Gris dulang bersaiz 9X9 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas baking.
- 2Cairkan dark chocolate bersama mentega menggunakan kaedah double boiler. (Sila rujuk tips).
- 3Ayak semua bahan kering iaitu tepung gandum, serbuk koko dan garam halus.
- 4Bancuh air panas bersama serbuk espresso atau nescafe. Ketepikan.
- 5Pukul telur bersama gula sehingga sebati, tapi JANGAN lama dan kuat sangat. Nanti tak jadi kedut.
- 6Masukkan esen vanilla.
- 7Masukkan cairan coklat dan metega tadi, bersama juga bancuhan kopi. Kacau sekejap.
- 8Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan menggunakan spatula agar semua bahan sekata.
- 9Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit, atau sehingga lidi yang dicucuk ada sedikit basah berketul coklat bila ditarik keluar. Tak perlu licin sgt nanti brownies akan overbaked.
Petua & Panduan
- •Kaedah Double Boil ialah kaedah dimana kita masah sesuatu bahan dengan menggunakan steam di permukaan bawah, tanpa terkena direct heat dari api. panaskan periuk kecil dan letak mangkuk di atasnya sebagai penutup supaya steam tak keluar.
- •Boleh juga gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri, tapi tekstur brownies akan jadi lebih ringan dan macam kek sikit, kurang fudgy.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
16 Disember 2025

Ayam Sambal Berlada
16 Disember 2025




